Wednesday, 30 December 2015

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)


Apa itu Bahagian Pinjaman Perumahan & LPPSA?

1) BPP akan ditamatkan operasi fungsinya pada 31/12/2015:

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan, akan dijadikan BADAN BERKANUN yang diasingkan saraan dan dibebaskan sepenuhnya yang dinamakan sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mulai 1/1/2016. Oleh itu, keseluruhan fungsi dan organisasi BPP akan diteruskan di bawah LPPSA pada 1/1/2016.

2) Permohonan 'Government Loan' sudah diswastakan bermula 1/1/2016? :

Pinjaman Perumahan TIDAK diswastakan. Urusan pinjaman perumahan akan diteruskan di bawah LPPSA yang merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

3) Syarat - syarat permohonan 'Government Loan' sebelum & selepas tamat BPP:

Pengurusan pembiayaan perumahan Kerajaan di bawah LPPSA pada prinsipnya tidak melibatkan sebarang dasar baru dan perubahan terma pada kini. Kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam seperti jumlah kelayakan pinjaman, kadar faedah dan kemudahan-kemudahan lain dikekalkan.

4) 'Interest Rate' untuk pinjaman perumahan:

Kadar faedah 4% pinjaman perumahan adalah kekal seperti sedia ada.

5) Sebarang urusan pinjaman perumahan Kerajaan diarahkan untuk diselesaikan sebelum 31/12/2015? :

Mulai 1/1/2016, semua dokumentasi pinjaman baru akan digunakan atas nama LPPSA. Namun begitu, dokumentasi pinjaman yang telah disediakan atas nama BPP, BOLEH DIGUNAKAN dan hendaklah diserahkan kepada LPPSA untuk diproses sebelum 31/1/2016. Semua pemohon/peminjam tidak perlu memperbaharui dokumentasi pinjaman sekiranya kesemua dokumentasi pinjaman yang lengkap atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan telah diserahkan sebelum 31/1/2015. Mulai 1/2/2016, hanya dokumentasi pinjaman atas nama LPPSA akan diterima bagi semua permohonan baru.

6) CIMB bertanggungjawab bagi tabung LPPSA? :

Di bawah Akta LPPSA 2015, LPPSA diberi kuasa untuk meminjam bagi membiayai perbelanjaan pinjaman perumahan penjawat awam. Oleh yang demikian, LPPSA boleh membuat pinjaman daripada mana - mana institusi Kewangan tempatan.


No comments:

Post a Comment