Thursday, 7 January 2016

4 faktor meningkatkan nilai hartanah

Assalamualaikum...

Hi uollss,

Selamat menyambut tahun baru~!! rasanya belum terlambat kot.
Sempena menyambut tahun baru,azam baru,posting pun baru utk 2016, agent liza nak kongsi sikit pengalaman agent liza berkenaan faktor-faktor penting yang biasa di lihat oleh agent liza sendiri untuk menilai sesuatu hartanah.



NO #1 : FREEHOLD DAN LEASEHOLD 

Ramai orang suka beli hartanah freehold berbanding leasehold, sebab milikan hartanah jenis freehold kekal bersama nama pemilik yang membeli hartanah itu.

Hartanah jenis freehold ini juga tiada had masa yang ditetapkan seperti hartanah jenis leasehold melainkan hartanah tersebut di tukar milik kepada orang lain.

Nilai hartanah jenis freehold biasanya lebih tinggi berbanding dengan hartanah jenis leasehold dan proses untuk tukar milik bagi hartanah jenis freehold ini juga lebih cepat.

Jangkamasa yang bagi hartanah jenis freehold 3 hingga 4 bulan sahaja manakala hartanah jenis leasehold sekitar 6 hingga 8 bulan.Proses tukar milik boleh jadi lebih lama jika ada masalah hakmilik.

Hartanah jenis leasehold pula adalah aset tetap yang mempunyai had masa maksimum
selama 99 tahun.

Habis sahaja tempoh 99 tahun kerajaan akan mengambil semula hartanah tersebut atau kita membayar premium hartanah tersebut untuk kita sambung semula had masa ke 99 tahun lagi.

Cara-cara untuk bayaran premium boleh rujuk di laman web pejabat tanah dan galian selangor.

NO #2 : LOKASI HARTANAH

Ada beberapa faktor yang menjadikan lokasi hartanah itu menjadi pilihan ramai antaranya :

  • Jarak hartanah antara sekolah, tempat kerja dan pusat beli-belah.
Nilai hartanah boleh jadi tinggi jika berdekatan dengan tempat-tempat ini
Pemilik atau penyewa dapat akses ke tempat-tempat ini dengan mudah 
Nilai hartanah cepat meningkat sekiranya berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti hypermarket atau supermarket
  • Ada kemudahan sekuriti yang menjaga keselamatan komuniti.
Hartanah yang ada kemudahan sekuriti sudah menjadi keperluan oleh pembeli hartanah masa kini.

Beberapa kemudahan sekuriti yang boleh meningkatkan nilai hartanah antaranya:
~ dilengkapi dengan pagar dan dinding perimeter
~ pengawal keselamatan yang berlesen.
~ CCTV atau lain-lain peralatan yang berkaitan dengan sekuriti.
  • Persekitaran semulajadi yang aman damai
Pembangunan yang pesat, membangunkan kawasan-kawasan urban menjadikan kawasan semulajadi tingkat sedikit.

Ramai orang memilih tinggal di kawasan semulajadi dengan lanskap natural yang memberi ketenangan minda kepada pemilik atau penyewa.

Kos penyelenggaraan faktor utama harga hartanah seperti ini lebih tinggi berbanding dengan yang lain.

NO #3 : AKSES MUDAH KE MERATA TEMPAT DAN FASILITI YANG LENGKAP.


Kemudahan pengangkutan awam menjadi keperluan utama bagi golongan yang tiada kenderaan sendiri,

Hartanah yang berdekatan dengan pengangkutan awam seperti teksi,bas dan yang terkini LRT atau MRT memberi peningkatan nilai yang tinggi.

Bagi hartanah yang berdekatan dengan lebuhraya tidak kurang hebat impaknya terhadap nilai hartanah contoh lihat sahaja nilai hartanah yang berdekatan dengan lebuhraya LDP atau KESAS.
Harga hartanah dikawasan ini lebih mahal berbanding kawasan lain.

Fasiliti seperti taman rekreasi, kolan renang, gym atau sauna juga jadi faktor harga hartanah sesuatu kawasan itu jadi tinggi.

NO #4 : POTENSI PEMBANGUNAN DI MASA HADAPAN

Lihat sahaja puchong dimana suatu ketika dulu tiada orang hendak tinggal dikawasan ini.Sekarang dengan ada pembangunan baru memberi impak kepada nilai hartanah dikawasan ini.

Projek terbaru laluan MRT sedang giat dijalankan, boleh rujuk dilaman web MYrapid
dan lihat la sendiri nilai hartanah dikawasan ini sudah meningkat berkali kali ganda nilainya.

Sekiranya korang ada peluang membeli hartanah jenis freehold dan cukup 4 faktor yang agen liza kongsikan ini tak perlu tunggu lagi untuk beli hartanah jenis ini InsyaAllah !!! ada potensi.

No comments:

Post a Comment