Sunday, 27 December 2015

Harga Rumah Turun Lagi 2 Tahun?

Salam uollss

Baru-baru ni agen liza di tanya 2 tahun lagi harga rumah akan turun ker?
Jawapan agen liza ye ada kemungkinan besar harga rumah akan turun , tapi bukan harga rumah yang kita mampu miliki, harga rumah yang jenis "High End" yang akan turun.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, harga minyak terus berada di paras rendah ditambah dengan projek-projek perumahan yang baru siap menyebabkan ramai pemilik rumah "High End" hilang keyakinan dan cuba mencairkan aset mereka secepat yang mungkin dengan menjual dibawah paras harga pasaran bagi membolehkan mereke cukup modal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Perkara ni kita boleh lihat sendiri melalui jualan hartanah "Subsale" banyak jenis-jenis rumah yang "High End" sudah mula jual pada paras bawah harga pasaran seperti contoh gambar dibawah :


"Market Value" bagi rumah ni adalah 1.3juta, jadi unit ni dijual pada paras bawah harga pasaran.

Kalau kita tengok pula jualan hartanah melalui pasaran lelong, terdapat banyak rumah-rumah "High End" yang dilelong contoh gambar dibawah:


Unit yang sama harga yang dijual di mudah.my sekitar 1.2juta, unit yang dilelong harga "Reserve Price" 810k sahaja.

Bagi agen liza pada masa sekarang kita sudah boleh melihat rumah-rumah "High End" dijual murah ada kemungkinan besar pada masa hadapan akan lebih banyak rumah-rumah "High End" ini akan turun harga kerana masa akan datang cabaran lebih hebat dari sekarang.

Bagi yang ingin memiliki rumah impian dan cukup modal boleh la bermula mencari rumah impian korang sekarang kerana pasaran sekarang lebih sesuai untuk korang memiliki rumah untuk tinggal sendiri.

Bagi anak muda yang tak cukup modal bermula la dengan rumah kecil dahulu agen liza sarankan korang mula dengan rumah bawah 200k.Banyak rumah 200k didalam pasaran kalau tak jumpe boleh contact agen liza.

Setakat ni saja la agen liza nak kongsi pendapat agen liza berkenaan dengan harga rumah turun 2 tahun lagi, kalau ada salah silap atau tersalah maklumat agen liza mohon maaf terlebih dahulu.

Apa-apa pun "Rancang Kewangan Anda Mula Mengumpul Aset" semoga berjaya di masa hadapan

Arioosssss ...... babaiiiii


















No comments:

Post a Comment