Thursday 17 December 2015

Sedikit Penerangan tentang CCRIS Report

Assalamualaikummm...

Hai uollsss

Hari ni agen liza nak jelaskan tentang CCRIS Report sebab ramai pulak yang tanye senjak agen liza ada "up status" pasal CCRIS Report hari tu.

CCRIS (Central Credit Reference Information System)

Pada sesapa yang ada plan untuk membeli rumah atau ingin buat pinjaman lebih elok la korang pegi ke Bank Negara dan print CCRIS Report untuk korang melihat sendiri berapa sihat atau tidak sihatnya kewangan korang sebelum korang mula berangan nak buat pinjaman untuk membeli rumah.....kerana dalam CCRIS Report tu ada semua rekod pinjaman yang korang ada.

Dari situ pihak bank akan melihat tabiat korang membayar hutang dan menilai korang jenis yang macam mane contoh :
  • dah pinjam buat-buat lupa nak bayar
  • dah pinjam suka lewat-lewat bayar
  • dah pinjam buat sukati nak bayar bila-bila
  • dah pinjam bayar "on time" (jenis ni bank mmg suka bagi pinjam)

Ni contoh CCRIS Report yang bayar "on time"
(Gambar sumber dari google)

Jenis CCRIS Report yang macam ni la yang agen liza maksud dalam status agen liza tempoh hari.... untuk mendapatkan CCRIS Report yang cantik macam ni korang kena la bayar hutang korang tepat pada masanya ....... katakan kalau due date hutang korang 7hb .... korang bayar la sebelum 7hb tu.... biasa gaji 1hb terus je bayar 1hb takyah tunggu-tunggu.

Tapi bank pun takde la kejam sangat sampai semua orang yang apply loan dia nak CCRIS Report yang macam nie ... ada gak yang CCRIS Report dia tak berape nak baik bank tetap luluskan..... ni contoh CCRIS Report yang tak berape nak baik :

1 2 1 1 0 1 = kalau CCRIS Report macam nie jgn apply loan bank susah nak approve
1 1 2 3 2 1 = confirm tak approve
0 0 1 0 1 0 = boleh lagi la
0 0 1 1 0 0 = paras-paras hidung je ni
0 0 0 0 0 0 = nie memang terbaikk !!!

Nanti mesti ada yang tanye plak kat mane nak print CCRIS Report ni ... so sebelum ada orang tanya baik agen liza jawap siap-siap..... hehehehehe

Pada sesape yang tak tahu cara nak print CCRIS Report nie .... dia ada 2 cara yang korang boleh lakukan :

1) Korang boleh pegi ke Pusat Khidmat Pelanggan di BANK NEGARA MALAYSI 
    (sape tak tahu boleh waze BANK NEGARA MALAYSIA).
  • Masukkan MYKAD korang dekat kiosk yang disediakan (Lebih kurang macam Print KWSP)
  • Dan terus Cetak CCRIS Report korang.
  • CCRIS Report tu adalah PERCUMA!!!
Waktu Operasi dari hari isnin hingga jumaat kecuali pada hari cuti umum
9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk pada waktu rehat tengahari)

2) Korang boleh menggunakan Email untuk print CCRIS Report korang ... tapi korang kena send sms email korang dulu.... cara-cara dia korang boleh rujuk laman web BNM ni.

Itu la sedikit sebanyak info berkenaan dengan CCRIS Report yang agen liza boleh tolong jelaskan ... harap korang faham la nyek .... 

Babaiiiiiii ..............!!!!



No comments:

Post a Comment