Wednesday 30 December 2015

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)


Apa itu Bahagian Pinjaman Perumahan & LPPSA?

1) BPP akan ditamatkan operasi fungsinya pada 31/12/2015:

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan, akan dijadikan BADAN BERKANUN yang diasingkan saraan dan dibebaskan sepenuhnya yang dinamakan sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mulai 1/1/2016. Oleh itu, keseluruhan fungsi dan organisasi BPP akan diteruskan di bawah LPPSA pada 1/1/2016.

2) Permohonan 'Government Loan' sudah diswastakan bermula 1/1/2016? :

Pinjaman Perumahan TIDAK diswastakan. Urusan pinjaman perumahan akan diteruskan di bawah LPPSA yang merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

3) Syarat - syarat permohonan 'Government Loan' sebelum & selepas tamat BPP:

Pengurusan pembiayaan perumahan Kerajaan di bawah LPPSA pada prinsipnya tidak melibatkan sebarang dasar baru dan perubahan terma pada kini. Kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam seperti jumlah kelayakan pinjaman, kadar faedah dan kemudahan-kemudahan lain dikekalkan.

4) 'Interest Rate' untuk pinjaman perumahan:

Kadar faedah 4% pinjaman perumahan adalah kekal seperti sedia ada.

5) Sebarang urusan pinjaman perumahan Kerajaan diarahkan untuk diselesaikan sebelum 31/12/2015? :

Mulai 1/1/2016, semua dokumentasi pinjaman baru akan digunakan atas nama LPPSA. Namun begitu, dokumentasi pinjaman yang telah disediakan atas nama BPP, BOLEH DIGUNAKAN dan hendaklah diserahkan kepada LPPSA untuk diproses sebelum 31/1/2016. Semua pemohon/peminjam tidak perlu memperbaharui dokumentasi pinjaman sekiranya kesemua dokumentasi pinjaman yang lengkap atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan telah diserahkan sebelum 31/1/2015. Mulai 1/2/2016, hanya dokumentasi pinjaman atas nama LPPSA akan diterima bagi semua permohonan baru.

6) CIMB bertanggungjawab bagi tabung LPPSA? :

Di bawah Akta LPPSA 2015, LPPSA diberi kuasa untuk meminjam bagi membiayai perbelanjaan pinjaman perumahan penjawat awam. Oleh yang demikian, LPPSA boleh membuat pinjaman daripada mana - mana institusi Kewangan tempatan.


Sunday 27 December 2015

Harga Rumah Turun Lagi 2 Tahun?

Salam uollss

Baru-baru ni agen liza di tanya 2 tahun lagi harga rumah akan turun ker?
Jawapan agen liza ye ada kemungkinan besar harga rumah akan turun , tapi bukan harga rumah yang kita mampu miliki, harga rumah yang jenis "High End" yang akan turun.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, harga minyak terus berada di paras rendah ditambah dengan projek-projek perumahan yang baru siap menyebabkan ramai pemilik rumah "High End" hilang keyakinan dan cuba mencairkan aset mereka secepat yang mungkin dengan menjual dibawah paras harga pasaran bagi membolehkan mereke cukup modal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Perkara ni kita boleh lihat sendiri melalui jualan hartanah "Subsale" banyak jenis-jenis rumah yang "High End" sudah mula jual pada paras bawah harga pasaran seperti contoh gambar dibawah :


"Market Value" bagi rumah ni adalah 1.3juta, jadi unit ni dijual pada paras bawah harga pasaran.

Kalau kita tengok pula jualan hartanah melalui pasaran lelong, terdapat banyak rumah-rumah "High End" yang dilelong contoh gambar dibawah:


Unit yang sama harga yang dijual di mudah.my sekitar 1.2juta, unit yang dilelong harga "Reserve Price" 810k sahaja.

Bagi agen liza pada masa sekarang kita sudah boleh melihat rumah-rumah "High End" dijual murah ada kemungkinan besar pada masa hadapan akan lebih banyak rumah-rumah "High End" ini akan turun harga kerana masa akan datang cabaran lebih hebat dari sekarang.

Bagi yang ingin memiliki rumah impian dan cukup modal boleh la bermula mencari rumah impian korang sekarang kerana pasaran sekarang lebih sesuai untuk korang memiliki rumah untuk tinggal sendiri.

Bagi anak muda yang tak cukup modal bermula la dengan rumah kecil dahulu agen liza sarankan korang mula dengan rumah bawah 200k.Banyak rumah 200k didalam pasaran kalau tak jumpe boleh contact agen liza.

Setakat ni saja la agen liza nak kongsi pendapat agen liza berkenaan dengan harga rumah turun 2 tahun lagi, kalau ada salah silap atau tersalah maklumat agen liza mohon maaf terlebih dahulu.

Apa-apa pun "Rancang Kewangan Anda Mula Mengumpul Aset" semoga berjaya di masa hadapan

Arioosssss ...... babaiiiii


















Monday 21 December 2015

Sky Awani - My First Close Deal

Salam....

Hi uaollsss......

Alhamdullillah dengan izinNYA agen liza berjaya dapat first close deal semanjak menjadi property negotiator .... hehehhe

Walaupun agak sukar akhirnya berjaya juga.
Mesti korang nak tahu kan rumah mane yg agen liza close deal hari ni....

SKY AWANI RESIDENCE unit ni la agen liza close deal dan unit ni la first listing rumah yang agen liza jual.

NI IKLAN YANG DI "UP"



Ok....mlm ni #lizaagenhartanah nak iklan kan rumah mampu milik wilayah persekutuan (kondominium ala2 cite drama M.A.I.D...
Posted by Ian Lieza on Wednesday, December 2, 2015


Ni MASA PERGI SHOWROOM


Agen Liza In Da House at Sky Awani !!!!#lizaagenhartanah#lizafmlzi#fmlziampang#kipidap#dongibab#ikenduit
Posted by Ian Lieza on Friday, December 4, 2015


NI TIME CABUT UNDI UNTUK UNIT RUMAH


(Lepas dapat unit dia terus call wife dia mungkin hendak share kegembiraan yang ada ketika tu).

Pada korang yang masih tercari-cari, korang boleh refer link bagi mendapat sedikit info atau pandangan dari agen liza.


Pada yang memang dah ready takyah fikir2 lagi ... call agen liza skrg !!!

Thursday 17 December 2015

Sedikit Penerangan tentang CCRIS Report

Assalamualaikummm...

Hai uollsss

Hari ni agen liza nak jelaskan tentang CCRIS Report sebab ramai pulak yang tanye senjak agen liza ada "up status" pasal CCRIS Report hari tu.

CCRIS (Central Credit Reference Information System)

Pada sesapa yang ada plan untuk membeli rumah atau ingin buat pinjaman lebih elok la korang pegi ke Bank Negara dan print CCRIS Report untuk korang melihat sendiri berapa sihat atau tidak sihatnya kewangan korang sebelum korang mula berangan nak buat pinjaman untuk membeli rumah.....kerana dalam CCRIS Report tu ada semua rekod pinjaman yang korang ada.

Dari situ pihak bank akan melihat tabiat korang membayar hutang dan menilai korang jenis yang macam mane contoh :
  • dah pinjam buat-buat lupa nak bayar
  • dah pinjam suka lewat-lewat bayar
  • dah pinjam buat sukati nak bayar bila-bila
  • dah pinjam bayar "on time" (jenis ni bank mmg suka bagi pinjam)

Ni contoh CCRIS Report yang bayar "on time"
(Gambar sumber dari google)

Jenis CCRIS Report yang macam ni la yang agen liza maksud dalam status agen liza tempoh hari.... untuk mendapatkan CCRIS Report yang cantik macam ni korang kena la bayar hutang korang tepat pada masanya ....... katakan kalau due date hutang korang 7hb .... korang bayar la sebelum 7hb tu.... biasa gaji 1hb terus je bayar 1hb takyah tunggu-tunggu.

Tapi bank pun takde la kejam sangat sampai semua orang yang apply loan dia nak CCRIS Report yang macam nie ... ada gak yang CCRIS Report dia tak berape nak baik bank tetap luluskan..... ni contoh CCRIS Report yang tak berape nak baik :

1 2 1 1 0 1 = kalau CCRIS Report macam nie jgn apply loan bank susah nak approve
1 1 2 3 2 1 = confirm tak approve
0 0 1 0 1 0 = boleh lagi la
0 0 1 1 0 0 = paras-paras hidung je ni
0 0 0 0 0 0 = nie memang terbaikk !!!

Nanti mesti ada yang tanye plak kat mane nak print CCRIS Report ni ... so sebelum ada orang tanya baik agen liza jawap siap-siap..... hehehehehe

Pada sesape yang tak tahu cara nak print CCRIS Report nie .... dia ada 2 cara yang korang boleh lakukan :

1) Korang boleh pegi ke Pusat Khidmat Pelanggan di BANK NEGARA MALAYSI 
    (sape tak tahu boleh waze BANK NEGARA MALAYSIA).
  • Masukkan MYKAD korang dekat kiosk yang disediakan (Lebih kurang macam Print KWSP)
  • Dan terus Cetak CCRIS Report korang.
  • CCRIS Report tu adalah PERCUMA!!!
Waktu Operasi dari hari isnin hingga jumaat kecuali pada hari cuti umum
9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk pada waktu rehat tengahari)

2) Korang boleh menggunakan Email untuk print CCRIS Report korang ... tapi korang kena send sms email korang dulu.... cara-cara dia korang boleh rujuk laman web BNM ni.

Itu la sedikit sebanyak info berkenaan dengan CCRIS Report yang agen liza boleh tolong jelaskan ... harap korang faham la nyek .... 

Babaiiiiiii ..............!!!!



Thursday 10 December 2015

Sky Awani Kondo RM300k Sahaja !!!!

Salam uuoolsssss

Agen liza nak kongsi sedikit berkenaan dengan projek perumahan Sky Awani Residence yang mana agen liza rasa bagi korang yang berusia 21 tahun ke atas dan sedang mencari rumah pertama korang di kuala lumpur , projek Sky Awani Residence ni amat sesuai untuk korang.

Korang tengok layout dia cantik tak?





SKY AWANI RESIDENCE 


Lokasi : Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur (bersebelahan dengan Maxim Citilights)

Pemaju : Citra Amal Sdn Bhd, anak syarikat SkyWorld yang dikenali dengan nama NTP World Development Sdn Bhd. Disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Pegangan : Leasehold 99 tahun

Jenis dan bilangan unit :

  • Tower A (35 tingkat): 322 unit (11 unit setingkat)
  • Tower B (34 tingkat): 307 unit (11 unit setingkat)
  • Tower C (34 tingkat): 279 unit (10 unit setingkat)
  • Tower D (35 tingkat): 318 unit (11 unit setingkat)
Keluasan unit :
  • Type A : 800 kaki persegi (sqft) - 3 bilik, 2 bilik mandi
  • Type B : 800 kaki persegi (sqft) - 3 bilik, 2 bilik mandi
Setiap unit dapat 1 parking lot. ( Boleh park 1 kereta sahaja)


POTENSI :
  • Lokasi yang strategik (berdekatan dengan lebuhraya seperti karak,duke dan MRR2)
  • Berhampiran dengan pengangkutan awan (Stesen komuter,LRT dan Teksi)
  • Lengkap dengan fasiliti yang menarik
Yang lebih menariknya lagi unit berdekatan dengan projek ini harga subsale yang tinggi contoh seperti Kondo 1sentul atau onesentul.
Kadar sewa bagi unit kondo 1sentul juga tinggi sekitar RM2000 - RM2400 jadi kalau korang beli Sky Awani ansuran bulanan dalam RM1300 sahaja jadi ada potensi untuk jadi cashflow positif setelah tamat tempoh tanpa sewa untuk RUMAWIP.

























BERMINAT TAK?

Korang kena standby 30K tunai untuk deposit 10% tapi jangan risau, bagi yang tak cukup wang simpanan boleh keluarkan KWSP.

Proses belian macam ni :
  1. Bayar booking fee15k 
  2. Pinjaman diluluskan, buat undian untuk dapatkan unit rumah
  3. Sign SPA bayar lagi 5k
  4. 10k lagi boleh buat pengeluaran KWSP jadi total 30k untuk 10% deposit 
  5. Tunggu rumah siap 2018
Untuk dapatkan Loan 100% agen liza boleh uruskan ,tapi 10% tetap korang kena dahulukan dulu, lepas tu baru korang boleh claim balik.

Jadi ape korang tunggu lagi? 

Whatapps/call agen liza 0163303749
Whatapps/call agen liza 0163303749
Whatapps/call agen liza 0163303749


Wednesday 9 December 2015

Tahun 2016 Mu tunggu aku datang !!!

Salam uollss

Hari ni genap seminggu agen liza jadi agent hartanah di fmlzi valuer & Property Consultants......
Mesti ada yang tertanya2 nape agen liza cuburi bidang ni...
Sebenarnya tidak sengaja pun dan takde planning pun dari senjak kecik lagi takde plan pun nak jadi agen hartanah nie ... ia nya lebih kepada keadaan sebabnya ... agen liza nie sering bantu org untuk beli rumah .. refinance rumah ... buat loan rumah ... tlg jual rumah lastnya.... ada org bagi cadangan suruh agen liza jadi agen jer terus..........heheheheh :)
Jadi dari niat kita membantu org terus menjadi kerjaya.... layan jer hehehehe....... ni la dikatakan kita merancang tuhan yang menentukan .....

Okla Chiowwww

#lizaagenhartanah
#lizafmlzi
#fmlziampang
#kipidap
#dongibab
#ikenduit